APA BEZA JIKA ADA WASIAT VS TIADA WASIAT

 1) JIKA ADA WASIAT

a) AmanahRaya sebagai Wasi yang dilantik akan melaksanakan Wasiat sebagaimana diarahkan

b) AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa atau memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi

c)AmanahRaya mengagihkan Pusaka mengikut arahan yang terkandung di dalam Wasiat


2) JIKA TIADA WASIAT

a) Waris perlu memohon Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi untuk melantik Pentadbir.

b) Waris perlu meneliti/mengumpul maklumat dan dokumentasi berkaitan aset serta liabiliti simati

c)Waris perlu membuat pengesahan jumlah aset dan hutang simati dengan pihak ketiga dan menyediakan Penyata Akaun Pusaka yang lengkap sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Akta Probet dan Pentadbiran 1959

d) Waris perlu memohon Surat Kuasa dari AmanahRaya/Perintah dari Pejabat Pusaka Kecil/Surat Kuasa dari Mahkamah Tinggi Sivil

e)Pentadbir perlu mengumpul aset dan menyelesaikan hutang simati

f)Pentadbir mengagihkan aset menurut Faraid atau Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.


Tiada ulasan:

PANDUAN PENGUNJUNG BLOG INI

 Assalamualaikum, Bagi pengguna handphone blog ini dipaparkan dalam versi mobile. Oleh itu anda perlu klik di menu Laman Utama di atas untuk...